Dah tengok ke video nie?? atau mgkn ada diantara kita yang pernah tgk video camni semasa pergi ke ceramah atau seminar...
hehehe... yg ni tok flashback je... huhuhu... kepada yang dah berkahwin pasti da berpeluang rasa camni, terutama bagi kaum hawa atau ibu. dengan melihat video ni sahaja da wat naga rasa seronok sangat, rasa cam nak kawen je(oh ya...naga belum kawen...agagaga).Jadi naga nak ulas sedikit hasil dari pemerhatian naga sepanjang menjadi tukang sapu di tempat AADK membuat kursus dan seminar.
Semasa mula-mula mengetahui bahawa isteri mengandung, suamilah org yg paling gembira, sampaikan kalo boleh semua org disekelilingnya ingin diceritakan tentang isterinya yang mengandung. kalo betul-betul nak tgk betapa seronoknya kaum suami ni, boleh dilihat betapa bersemangatnya mereka semasa mengambil dan menghantar isteri ke klinik, setiap hari akan call si isteri untuk bertanyakan tentang keadaan si bayi yang masih dalam kandungan dan yang paling ketara sekali, setiap masa bersama isteri, si suami pasti tidak akan melepaskan peluang tok mengusap perut si isteri. oh... bangganya si ayah apabila mengetahui yang benihnya berada dalam kandungan orang yang tersayang dan betapa gembiranya hati apabila mengetahui dalam 9 bulan lagi akan lahirnya insan yang disayangi...
Setiap kebahagian pasti ada dugaan, termasuklah bagi ibu yang mengandung dan ayah yang menanti... buat si ayah, dugaan masa ini adalah semasa si ibu mula datang mabuknya. Masa ni lah ayah akan diduga(hehehe...xkan taw buat je...). si ibu akan sentiasa muntah2 xkira masa, siang ke, malam ke... kadang2 hanya disebabkan kita memakai perfume kegemaran kita pun, dia blh mabuk, sedangkan perfume tu dia yg belikan tok kita...huhuhu... xcukup dengan tu lagi, ada juga isteri yg asik dimasukkan ke wad kerana xmakan, bukan dia xnk makan, tp disebabkan mabuknya..asalkan dia telan je makanan, xsampai 5 minit, pasti dia akan muntah...huhuhu... masa ni lah letih si ayah nak mengusung ibu ke klinik o ospital... huhuhu... ada gak kisah di mana si ibu ni naik berat mendadak...huhuhu... dari kurus dan secantik2 angelina jolie, tiba2 menjadi seperti adibah nor ( oh! tidak!). tapi si ayah kena paham, ini disebabkan si ibu mengidam macam2 dan si ibu juga memerlukan tenaga dalam membawa janin... xpercaya??? hehehe... g cari batu bata 3 ketul, pastu letak dalam beg dan letakkan di depan anda, cuba usung selama sehari.. letih ke x? itulah dugaan yg si ibu rasa semasa mengandungkan bayi selama 9 bln 10 hr... ini bukan main2...
lepas je tempoh mabuk nie... si ayah pasti akan dapat melihat perubahan mendadak seperti yang naga cakap tadi... isteri yang secantik2 angelina jolie... terus mendadak naik berat badannya. tapi percayalah... lepas bersalin pasti dia akan cantik dan kurus seperti kak ziana...hehehe... law x jadi kurus... g anta ke tempat2 yg blh kuruskan badan... apa ada hal pasal duit? dah tentu2 dia je yg kita sayang n nak sehidup semati. jadi apa salahnya berhabis duit tok dia...hehehe.... back to the topic balik... dari tempoh 4-7bln ni, masa ni lah si ibu akan menjadi teramat sensitif, jadi jangan peliklah kalo si isteri tiba2 bertanya "sayang, u rasa i da gemok ke?". nasihat naga, layankan sahaja...wakaka, pujilah isterimu, jangan disebabkan ini anda mencuba mencari yang lain, sanggup ke nak berhabis puluh2 ribu lagi tok pasang cawangan??(wakaka). si isteri mmg akan perasan yg berat badannya da naik dan dia juga akan perasan yg dia tidak lagi menjaga kebersihan dan kecantikan diri, jadi kita sebagai suami, kenalah membantu dengan memberi semangat. sekali lagi diingatkan... masa ni mereka amat sensitif...
tempoh 8-9 bulan...hehehe... ada diantara suami kena bersedia waktu ni, pastikan segala persediaan tok isteri bersalin sudah tersedia, kunci kereta letak kat mana, bakul baju persalinan lepas bersalin, no tepon ibu dan ibu mertua, jarak hospital terdekat... yeah! kena pastikan semua ni.. kerana apabila si ibu ni nak bersalin nanti, macam2 akan jadi.. dan org yg selalunya panik ialah si suami...huhuhu(kenyataan nieh!). kenapa naga katakan dari 8-9bulan?? sebab ada sesetengah dari kita yang lahir x cukup bulan kan... itulah langkah persediaan yang perlu kita ambil...
ehehe....sampai sini dulu...
huhuhu....byk x lengkap agaknya...bolehlah komen tok naga tambah2... yang pasti naga gak xkan lupa peringatan ni. tok persediaan naga nak kawen nnt gak.